Thursday, August 2, 2012

Dia?

Banyak yang ingin diperkatakan, terlalu banyak juga untuk diceritakan. Tahun 2011 banyak memberi impak yang mendalam dalam kehidupan aku. Hanya bersandangkan kesabaran aku dapat meneruskan hidup hingga hari ini. Walaupun pahit untuk ditelan, aku redha.

Alhamdulillah. Saat ini aku bernafas lega. Lega dengan kesesakan kehidupan dahulu. Akhirnya, aku terkeluar daripada kehidupan yang membelenggu hidup aku. "Terima kasih Ya Allah! Kerana Kau masih sayangkan hambamu yang jahil ini".

Bermulanya langkah baru untuk tahun 2012. Aku seperti kanak- kanak yang baru sahaja mahu mencuba- cuba bertatih untuk berjalan. Rupanya aku tidak keseorangan. Ada yang sudi untuk menghulurkan tangan dan memimpin aku untuk meneruskan langkah ku yang kekok dan lesu ini.

Hari demi hari, dia masih setia menemani setiap langkah ku.


No comments:

Post a Comment