Aku tahu kehidupan di dunia ini tidak selalunya indah. Ada kala baik, ada kalanya sukar. Begitu juga dengan diri dan kehidupanku. Setiap hari ada saja episod cerita yang berlainan ada suka dan juga duka. Kadang kala terasa berputus asa.
Kehidupan aku sebelum ini banyak cacatnya, aku seperti tidak berpijak di bumi yang nyata. Aku tidak jadi diri aku sendiri sebaliknya aku menipu diri aku untuk menjaga hati orang lain. Kenapa aku bersikap sebegitu rupa? Semata- mata untuk kebahagiaan orang lain? Ya! Aku terlalu menjaga hati orang lain bah kan sanggup menjadi hamba mereka. Tidak pernah aku bersuara menegak keadilan hanya air mata menjadi pengubat hati yang lara.
3 tahun aku memendam perasaan, aku benci dengan diri sendiri. Aku benci dengan orang di sekelilingku. Aku mulai bosan dengan kehidupan yang semakin pudar sinarnya. Hidup penuh kegelapan. Tiada cahaya yang mampu menyuluh.
Di sekolah, kita di didik untuk menghormati sesiapa saja, yang tua mahu pun yang muda. Kata- kata juga perlu di jaga, ia melambangkan keperibadian seseorang. Ibubapa juga telah mendidik sejak kita dilahirkan lagi. Bukankah orang melayu penuh dengan adat dan juga tatasusila? Apa sudah jadi dengan zaman sekarang? Dunia sudah terbalik? atau kita di ambang akhir zaman? Kata- kata yang kesat senang sahaja dilemparkan. Kata tiada batasan, kesopanan tidak diperdulikan malah tidak langsung menghormati perasaan. Itulah yang pernah dirasai oleh diri aku. Caci maki dan penghinaan sudah sebati dengan diri ku. Malah pernah di ludah di depan orang ramai. Ya Allah! Betapa malunya aku. Terpaksa menebalkan muka. Hanya dengan perkara yang kecil tetapi di malukan sebegitu rupa. Manusia oh manusia tiada lagikah sikap hormat- menghormati dan juga sabar di dalam dirimu?
Cukuplah aku menanggung segala penderitaan hidup selama ini. Aku ingin melangkah jauh meninggalkan kehidupan yang tidak mendatangkan kebahagiaan untuk diriku. Kerana orang lain kita merana. Ramai yang membuat kesilapan begitu., terlalu fikirkan diri orang lain berbanding diri sendiri. Kali ini aku perlu kuat dan lebih kuat lagi. Secekal manakah aku mampu bertahan?
Aku tahu aku insan yang lemah. Aku perlu banyak belajar tentang kehidupan. Lebih baik rasanya kita berdiri di atas kaki sendiri. Aku tidak mahu di katakan menumpang kesenangan orang lain. Sudah penat mendengar buah mulut orang. Masing- masing menyalahkan antara satu sama lain, semua alasan tidak berasas. Orang melayu yang suka menyibuk hal orang lain padahal diri sendiri tidak terjaga. Aku hanya pejamkan mata pekakkan telinga lalu terus membisu. Sifat sabar yang ada dalam diri telah melawan amarahku. Hanya air mata yang dapat menenangkan segala perasaan yang terbelenggu di benak fikiranku.
Dalam kegelapan, ada cahaya yang menyuluh. Aku cuba mencari di manakah cahaya itu datang dan dengan pantas aku terus merangkak ke arah cahaya itu. Aku tertanya- tanya, adakah itu sinar cahaya untuk ku. Cahaya kehidupan yang lebih baik, lebih bahagia?Adakah ia mampu untuk menyinari sinar kehidupan ku kelak? Tuhan maha memahami lagi maha mengetahui, tentu Dia yang telah mengatur segala- galanya untuk ku. Berkat kesabaran, akhirnya ada juga jalan yang baik untukku. Aku hanya tersenyum. Walaupun aku tahu banyak lagi rintangan yang akan mendatang, aku akan sentiasa bersedia dan lebih kuat untuk menangani nya. Insyallah, tuhan sentiasa menemani kita dan insyallah juga aku tidak tersalah langkah.

No comments:
Post a Comment