Thursday, May 29, 2014

Kembali MenCorat Coret

Alhamdulillah, hari ini aku ada kesempatan untuk memenuhkan ruang blog yang tersangat lama aku tinggalkan. Bukan tiada bahan untuk dicerita tetapi tiada kesenggangan waktu untuk aku mengadap.

Sesibuk perdana menteri kehidupan aku sekarang, lagi lagi aku sudah punya suami dan anak. Alhamdulillah sekali lagi, dengan hanya tidak kurang 11 bulan perkenalan kami, dia telah melamar aku untuk dijadikan isteri. Syukur kerana masih ada yang sayang dan selepas setahun menjadi suami isteri kini aku sudah bergelar 'Ibu'. :) Betapa pantasnya waktu sehinggakan aku tidak dapat menulis setiap detik yang berlaku. How's time flies~.

Kehidupan aku yang sangat hebat kini seperti 'Superwoman'. Aku masih bekerja, aku juga sepenuh masa menjaga anak dan juga sepenuh masa menjadi suri rumah. 3 in 1. Macam air 3 in 1 tu, lengkap semuanya dan disebabkan itulah aku tidak punya masa untuk coretkan apa -apa.


10 . 11 . 12
Sah menjadi ' Suami & Isteri'



 

1 . 12 . 13
MUHAMMAD ZACHARY BIN MOHAMAD IMRAN
(14 Hari)



No comments:

Post a Comment